PUTRAJAYA 28 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik lagi kepada 0.93 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya .
Lima negeri menyamai atau merekodkan kadar lebih tinggi, didahului Terengganu dengan 1.00, satu-satunya negeri yang merekodkan kadar tersebut.
Ini diikuti Johor 0.97, Pulau Pinang 0.94, Perak 0.94 dan Kedah 0.93.
Negeri-negeri lain merekodkan di bawah 0.93 iaitu Kelantan 0.92, Selangor 0.92,
Negeri Sembilan 0.91, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.90, Perlis 0.90, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.90.
Melaka 0.87, Pahang 0.87, Sabah 0.84, Wilayah Persekutuan Labuan 0.74 dan Sarawak 0.73.
