2,470 kes baharu Singapura

SINGAPURA 9 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,470 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari semalam yang membawa kepada jumkah keseluruhan 220,803 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 14 lagi pesakit meninggal dunia melibatkan mereka yang berusia antara 56 dan 98 tahun, yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 511 orang.

Menurut MoH, daripada 2,470 kes, sebanyak 2,307 adalah kes dalam masyarakat, tujuh kes import dan 156 kes pekerja di asrama pekerja asing.

MoH juga memaklumkan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.84,

merujuk kepada nisbah kes masyarakat sepanjang minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Ia merupakan hari keenam berturut-turut kadar itu berada di bawah 1, menunjukkan jumlah kes baharu Covid-19 merosot.

Sementara itu sebanyak 1,725 pesakit dimasukkan ke hospital di mana 301 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 62 pesakit tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 62 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Sebanyak 3,216 kes dibenarkan pulang dengan 479 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Mengenai vaksinasi sebanyak 85 peratus lengkap dua dos dan 86 peratus  baru menerima saru dos.

Related posts

Leave a Comment