PUTRAJAYA 9 Nov. – Selepas empat hari merekodkan angka ‘4’, kes positif baharu Covid-19 kembali meningkat melepasi angka 5,000 apabila sebanyak 5,403 kes dilaporkan setakat tengah hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, berkata ia menyumbang kepada sejumlah 2,516,255 kes jangkitan sejak ia dikesan pada akhir Januari tahun lalu.
Mengikut rekod, sebanyak 4,922 kes dilaporkan pada 5 November lalu diikuti 4,701 (6 Nov.), 4,343 (7 Nov.) dan semalam merekodkan 4,543 kes.
Awal bulan ini, sebanyak 4,626 kes direkodkan tetapi meningkat kepada 5,071 pada 2 November disusuli 5,291 kes dan 5,713 kes pada 4 November lalu.
