Kes harian masih tinggi di Rusia

JUMLAH kes harian dan kematian Covid-19 di Rusia masih kekal tinggi sepanjang tempoh sekatan sembilan hari mulai 30 Oktober hingga 7 November lalu.

Pihak berkuasa di Kremlin menjelaskan, adalah masih terlalu awal untuk melihat kesan sekatan itu.

Untuk rekod, sejumlah 39,400 kes positif baharu dan hampir 1,200 kes kematian direkodkan pada Isnin.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding lebih 41,000 kes hari sebelumnya.

Ketika ini, Rusia merekodkan jumlah kematian tertinggi dalam kalangan negara Eropah dengan lebih 40,000 kes dan 1,100 kematian sehari sejak Oktober lalu.

Mulai Isnin rakyat Rusia kembali ke pejabat selepas sekatan sementara dikuat kuasakan di mana Presiden Vladimir Putin mengumumkan arahan sekatan sementara dengan tidak membenarkan rakyat ke pejabat dalam tempoh itu.

Namun pihak berkuasa tidak pasti sama ada sekatan tersebut berjaya menurunkan jumlah jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di negara itu.

Related posts

Leave a Comment