Thailand catat 11,252 kes baharu

BANGKOK 22 Sept. – Thailand merekodkan 11,252 kes jangkitan baharu Covid-19 dan 141 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 1,511,357 kes dan 15,753 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 11,224 kes melibatkan penduduk awam, 28 dalam kalangan banduan dan 17 kes import.

Jumlah kes harian menunjukkan peningkatan berbanding 10,919 yang direkodkan semalam.

Pada Selasa, sebanyak 13,695 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 1,366,533 orang.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 dan 99 tahun termasuk warga Myanmar.

Bangkok terus merekodkan kematian tertinggi iaitu 51 orang, begitu juga dengan 2,455 kes baharu diikuti Samut Prakan 910, Chon Buri 715, Ratchaburi 455, Songkhla

453, Narathiwat 357, Prachin Buri 271, Nakhon Ratchasima 263 dan Pattani 257.

Kes import pula dari Rusia (2), Amerika Syarikat (2), Jepun  (1), Qatar (3), Emiriyah Arab Bersatu  (1), Kemboja (2), Myanmar (1) dan Malaysia (5).

Pada Selasa, sebanyak 129,071 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 3,464 yang kritikal dan 753 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment