40.3 juta vaksin Covid-19 disuntik

PUTRAJAYA 20 Sept. – Sebanyak 40,375,056 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lepas.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), semalam, sebanyak 219,081 dos suntikan vaksin diberikan melibatkan 60,773 dos pertama daripada vaksin dua dos dan 158,308 dos lengkap.

Setakat malam tadi, 18,453,322 individu atau 78.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin manakala 93.3 peratus atau 22,001,266 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mendahului jumlah yang lengkap vaksinasi iaitu 6,566,450 diikuti Johor 1,885,598, Sarawak 1,822,564, Sabah 1,512,920, Perak 1,131,970 dan Pulau Pinang 1,017,982.

Related posts

Leave a Comment