JAKARTA 2 Sept. – Kes sembuh mengatasi jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia hari ini apabila 21,208 pesakit dilaporkan sembuh dan 8,955 kes baharu direkodkan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 3,798,099 sementara kes positif 4,109,093.
Sebanyak 680 kematian dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan 134,356 orang meninggal dunia.
Lima wilayah merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu Jawa Tengah 4,897, diikuti Jawa Barat 4,847, Jawa Timur 1,528, Sumatera Utara 1,286 dan Yogyakarta 1,043.
Jawa Tengah juga merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,134 diikuti Jawa Timur 853 kes, Jawa Barat 791, Sumatera Utara 701 dan Kalimantan Timur 503.
Kes kematian juga merekodkan Jawa Tengah mendahului dengan 206, Jawa Timur 121, Jawa Barat 43, Sumatera Utara 32 dan Yogyakarta 30 kes.
Kes aktif pula 176,638 dengan Jawa Tengah merekodkan 20,669 kes, Sumatera Utara sebanyak 19,727, Jawa Barat 16,724, Papua 12,332 dan DI Yogyakarta 11,018.
