MANILA 1 Sept. – Filipina hari ini mencatatkan jumlah kumulatif dua juta kes Covid-19 selepas Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 14,216 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2,003,955.
Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian juga meningkat kepada 33,533 orang berikutan 86 lagi dilaporkan meninggal dunia.
Sementara itu, 18,754 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,829,473 pulih atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini.
Kes aktif pula 140,949 atau 7.0 peratus
