Brunei lapor 65 kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 17 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 852 kes apabila 65 lagi kes baharu termasuk empat kes import dilaporkan hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19 memberitahu, satu kes import melibatkan ketibaan dari Nigeria pada 30 Julai lalu melalui Kuala Lumpur .

Tiga lagi melibatkan ketibaan dari Manila pada 4 Ogos lalu manakala 18 kes baharu tidak diketahui sumber jangkitan.

Kluster yang menambah kes harian adalah Kluster Champion 7 (11), Kluster Chung Hua KB (9),  Kluster BSP HQ (3), Kluster Dragonboat (2), Kluster Semporna Enak (1), Kluster ABCi (1), Kluster Al-Falah/Freda Radin (1), Kluster 635(1) dan Kluster  Total (1) dan Kluster Aker (3).

Sebanyak 65 kes aktif dilaporkan menjadikan 516 kes aktif, manakala kes pulih ke

Related posts

Leave a Comment