Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 13 Ogos – Tujuh negeri  melaporkan kes empat angka dengan Selangor merekodkan 7,449 kes, peningkatan kes berbanding 6,278 semalam

Ini diikuti Kuala Lumpur 2,183 berbanding 2,436 semalam, Kedah 1,807 (2,143), Sabah 1,654 (2.052), Johor 1,485 (1,706), Pulau Pinang 1,316 (1,229) dan Kelantan 1,088 (972).

Turut mencatatkan kes hari ini ialah Negeri Sembilan iaitu 974 (899), Perak 940 (930), Melaka 723 (494), Sarawak 715 (1,216), Pahang 572 (629), Terengganu 440 (594), Putrajaya 66 (66), Perlis 50 (23) dan Labuan 6 (11).

Related posts

Leave a Comment