LEBIH 4.47 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut data Johns Hopkins University.
China kini mendahului dengan lebih 1.78 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India 514 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat lebih 350 juta dos.
Brazil merekodkan lebih 100 juta dos manakala Jepun dan Jerman menghampiri jumlah tersebut manakala United Kingdom dan Perancis kini melebihi 70 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 76 juta dos, Malaysia lebih 25 juta, Filipina lebih 23 juta, Thailand lebih 21 juta dan Singapura lebih 8.1 juta dos.
