102 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 3 Ogos – Singapura melaporkan 98 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan empat kes import setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 65,315.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah kes baharu dalam masyarakat itu, sebanyak 31 kes tanpa hubung kait, 46 dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan dikenakan kuarantin dan 21 kes berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu itu, tujuh adalah individu yang berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau menerima satu suntikan vaksin dan berisiko sakit teruk,

Empat kes import yang dilaporkan telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Tiga kes dikesan sejurus tiba di Singapura manakala satu sakit sewaktu menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment