PUTRAJAYA 29 Julai – Johor merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian hari ini dengan 1,054 kes sementara Selangor mendahului dengan 7,163, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,138 dan Kedah 1,212.
Semalam Johor merekodkan 767 kes manakala Selangor 7,171, Kuala Lumpur 2,880, dan Kedah 1,112.
Tujuh negeri merekodkan lebih 500 kes didahului Negeri Sembilan 884 berbanding semalam 863, Sabah 776 (913), Pahang 638 (429), Kelantan 615 (532),Perak 596 (406), Sarawak 582 (464) dan Pulau Pinang 554 (760).
Sementara itu Melaka menunjukkan penurunan kes dari 531 semalam kepada 416 hari ini diikuti Terengganu yang mencatatkan 437 berbanding 490 semalam.
Mencatatkan dua angka adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 84 (68), Wilayah Persekutuan Labuan 11 (16) dan Perlis 10 (3).
