2.5 juta individu lengkapi dos

PUTRAJAYA 4 Julai – Lebih 8.8 juta dos vaksin sudah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dengan kira-kira 2.5 juta individu menerima suntikan lengkap setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Katanya, sebanyak 217,807 dos vaksin diberikan di seluruh negara semalam dan kapasiti pemberian vaksin harian kekal melebihi 200,000 dos untuk lima hari berturut-turut sejak 29 Jun lalu.

Ini menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 mencecah 8,800,700 dos.

Jumlah individu yang menerima dos pertama ialah 6,261,014 orang, yang bersamaan 19.1 peratus populasi negara.

Selain itu, seramai 2,539,686 orang pula sudah menerima dos kedua, yang merangkumi 7.8 peratus pooulasi Malaysia.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)  menunjukkan Kuala Lumpur mencatatkan pemberian dos tertinggi berbanding jumlah populasi keseluruhan wilayah itu.

Lebih 1.12 juta atau 63.4 peratus penduduk Kuala Lumpur sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam, atau bersamaan 83.3 peratus penduduk dewasa di wilayah itu.

Related posts

Leave a Comment