Hanya tiga negeri catat kenaikan

PUTRAJAYA 16 Jun – Hampir semua negeri termasuk Selangor menunjukkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini yang secara keseluruhannya merekodkan 5,150 kes berbanding 5,419 semalam.

Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 1,914 berbanding 1,996 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 220,391.

Negeri-negeri yang menunjukkan peningkatan adalah Negeri Sembilan yang merekodkan 607 kes berbanding 396 semalam, Wilayah Persekutuan Putrajaya 6 (5) dan Perlis 8 (1).

Kes harian tertinggi selain Selangor adalah Sarawak 570 berbanding 718 semalam, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 480  (650), Johor 392 (430), Kelantan 230 (245), Kedah 228 (252) dan Melaka 152 (155).

Sabah pula merekodkan 184 (230), Wilayah Persekutuan Labuan 101 (138), Pulau Pinang – 99 (124), Perak 66 (68), Pahang 57 (32) dan Terengganu 56 (43).

Related posts

Leave a Comment