PUTRAJAYA 26 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 762 kes (27.4 peratus) berbanding 751 semalam.
Daripada jumlah ini, sebanyak 577 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 615 kes (22.2 peratus) berbanding 595 semalam dan Kelantan sebanyak 343 kes (12.4 peratus).
- Selangor: 762 kes
- 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Batu Sembilan;
- 510 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 184 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 615 kes
- 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Kluster Pondok Belaga, dan Kluster Sungai Senibung;
- 427 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- 97 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Kelantan: 343 kes
- 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Pangkal Chuit;
- 213 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 63 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 309 kes
- 211 kes daripada kluster-kluster, termasuk 192 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Impian Emas 17, Kluster Jalan Raja Bukit Pasir, dan Kluster Tapak Bina Tanjung Kupang;
- 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 254 kes
- Enam kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 149 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu kes import dari luar negara; dan
- 98 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Pulau Pinang: 123 kes
- 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Arumugam Pillai dan Kluster Kampung Selamat;
- 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Negeri Sembilan: 112 kes
- 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.