PUTRAJAYA 18 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 508 kes atau 23.1 peratus.
Daripada jumlah ini, sebanyak 372 kes atau 73.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 431 kes atau 19.6 peratus dan Johor sebanyak 387 kes atau 17.6 peratus.
- Sarawak: 508 kes
- 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tarat Tani dan Kluster Jalan Bintulu Sibu;
- 315 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 431 kes
- 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Selat Klang dan Kluster Tapak Bina Cahaya Alam;
- 294 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 116 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 387 kes
- 285 kes daripada kluster-kluster, termasuk 249 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perindustrian Satu;
- 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 332 kes
- 177 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 176 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
- 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lima (5) kes import dari luar negara; dan
- 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 112 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.