PUTRAJAYA 5 April – Sebanyak 1,411 kluster direkodkan setakat ini termasuk enam kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini melibatkan lima kluster tempat kerja dan satu komuniti.
Sepuluh kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Cempedak, Kluster Jalan Haji Malek, Kluster Tapak Bina Nilam Sari, Kluster Jalan Wawasan 12, Kluster Jalan Tampoi Besi, Kluster Jalan Murni 12, Kluster Jalan Apas Empat, Kluster Jalan Telawi, Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok, dan Kluster Kampung Telekong.
Kluster aktif pula 355 termasuk 48 yang merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini iaitu Kluster Jalan Jelawat (34 kes), Kluster Kampung Binyu (34 kes), dan Kluster Pulau Enoe (14 kes).
- KLUSTER TAMAN KOMERSIAL
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 6/5 Pandan Indah Commercial Centre, Taman Komersial, Hulu Langat. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.
- KLUSTER LORONG DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong 2B, Jalan TUDM, Kampung Subang Baru, Shah Alam. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 332 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif.
- KLUSTER JALAN INOVASI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342377) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kafetaria yang terletak berhampiran dengan Jalan Inovasi, Kuala Lumpur. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.
- KLUSTER JALAN MATA KUCHING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331612) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Taming Sari, Mata Kuching Dalam, Melaka Tengah. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif.
- KLUSTER PERSIARAN UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Utama S2, Garden Homes, Seremban. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana18 kes dikesan positif.
- KLUSTER BUKIT SERA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347804) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Bukit Sera, Batu 2, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.
