JEDDAH 3 April – Arab Saudi sedang memantau kes pemalsuan permit umrah atau mereka yang cuba memasuki Masjidilharam tanpa permit yang sah, kata Timbalan Menteri Haji dan Umrah Dr. Abdel Fattah Suleiman Mashat.
Arab News melaporkan, Dr. Abdel Fattah turut mengingatkan orang ramai agar hanya menggunakan aplikasi telefon bijak Eatamarna, bagi mendapatkan tasreh atau permit sah untuk umrah dan solat fardhu di Masjidilharam.
Permit-permit tersebut tambah beliau diluluskan pihak berkuasa Saudi mengikut tempoh waktu yang tetap, bagi mengawal kesesakan dan penularan Covid-19 di Masjidilharam.
Dr. Abdel Fattah turut menggalakkan para jemaah agar menggunakan pengangkutan yang disediakan pihak berkuasa iaitu khidmat bas ulang alik untuk ke tempat miqat atau untuk ke Masjidilharam..
Menjelang bermulanya bulan Ramadan, tidak lama lagi, pihak berkuasa Saudi juga sedang memperketat kawalan masuk ke Masjidilharam ,
