PUTRAJAYA 8 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi .
Ini menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini adalah 908 dan daripada jumlah itu, 457 telah tamat termasuk tiga kluster hari ini iaitu Kluster Kolam Permai, Kluster Timbang Dayang, dan Kluster Pompod).
Kluster aktif pula adalah 451 di mana 79 kluster pada hari ini dilaporkan menambah kes baharu.
Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (329 kes), Kluster Tanjung Suria (218 kes), dan Kluster Sungai Putus (166 kes).
Sementara itu 13 kluster baharu yang dilaporkan adalah
1. KLUSTER JALAN SUNGAI RASA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Sungai Rasa Lama, Kawasan Perindustrian Sungai Rasa, Klang. Sehingga 8 Februari , sejumlah 79 individu disaring, di mana 35 kes dikesan positif.
2. KLUSTER JALAN TEKNOLOGI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Teknologi dan Taman Sains Selangor, Petaling. Sehingga 8 Februari, sejumlah 350 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.
3. KLUSTER PERSIARAN HULU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat pembinaan di Persiaran Hulu Selangor, Shah Alam. Sehingga 8 Februari, sejumlah 54 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.
4. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MOKHTAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Kuala Selangor. Sehingga 8 Februari, 147 individu disaring, di mana 85 kes dikesan positif.
5. KLUSTER JALAN CYBER LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kulai. Sehingga 8 Februari, sejumlah 150 individu disaring, di mana 101 kes dikesan positif.
6. KLUSTER JALAN HARMONIUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat beli belah di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Sehingga 8 Februari, 78 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.
7. KLUSTER SRI MENANTI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Tiga kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-233861, kes ke-233873, dan kes ke-233877) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Taman Sri Menanti, Kluang. Sehingga 8 Februari, sejumlah 20 individu disaring, di mana 11 kes positif.
8. KLUSTER LAMAN DESARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193101) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi di mana kes-kes dilaporkan iaitu di Laman Desaru Coast, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 228 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.
9. KLUSTER LENGKOK PANTAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Kepong, Lembah Pantai, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bertugas di Lengkok Pantai Baharu, Jalan Pantai Baharu, Lembah Pantai. Sehingga 8 Februari, sejumlah 122 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif.
10. KLUSTER BATU 38
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-229123) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat di Batu 38, Jalan Kalabakan-Keningau, Kalabakan. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 38 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER SEBANGKOI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-214538) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sebangkoi, Undop, Sri Aman. Sehingga 8 Februari , sejumlah 447 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.
12. KLUSTER TAMAN BUKIT PETALING
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230336) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu sebuah pusat perubatan yang terletak di Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang. Sehingga 8 Februari, sejumlah 187 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.
13. KLUSTER KAMPUNG TANDAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut dan Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226873) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Tandak, Jerteh, Besut. Sehingga 8 Februari, sejumlah 196 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.
