JAKARTA 2 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan 10,379 menjadikan jumlah kumulatif 1.099.687 dengan kes aktif sebanyak 172,576.
Jakarta merekodkan kes harian tertinggi dengan tambahan 3.362 kes diikuti Jawa Barat 2.068, Jawa Tengah 1,116, Jawa Timur 847 dan Kalimantan Timur 443
Kes sembuh pula mencatatkan 12,848, angka tertinggi berbanding 10,974 yang dilaporkan pada 27 Januari lalu. Ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 896,530 atau 81.5 peratus.
Jakarta juga merekodkan kes sembuh tertinggi sebanyak 4,577, diikuti Jawa Barat 2.310, Jawa Tengah 1.385, Jawa Timur 888 dan Kalimantan Timur 521 orang.
Sebanyak 304 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 30,581 kematian.
Kes kematian menyaksikan Jawa Tengah menambah 58 kes, Jawa Timur 55, Jawa Barat 48, Jakarta 44 dan Banten 22.
Sementara itu jumlah penerima vaksin Covid-19 di Indonesia terus bertambah sebanyak 56.728 orang sekaligus meningkatkan jumlah penerima 596.260 orang dari jumlah sasaran 181.554.465 orang.