Terima kasih ikuti ucapan dasar – Zahid

KUALA LUMPUR 12 Sept.  –  Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada mereka sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang sudi mengikuti Ucapan Dasar Presiden UMNO semalam.

“Assalamualaikum dan selamat pagi anakanda semua. Terima kasih kerana sudi mengikuti ucapan dasar saya semalam, tidak kira anda berada di dalam negara mahupun di luar negara,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu memuat naik ucapan berkenaan dalam satu hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam hantaran itu juga berkata: “In syaa-Allah petang ini saya akan menyampaikan ucapan penggulungan. Teruskan bersama saya di mana jua anda berada,”

Ucapan dasar Ahmad Zahid semalam mendapat perhatian perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, apabila berkali-kali menitipkan pesanan kepada individu yang hanya dirujuknya sebagai ‘guru’.

Tanpa menamakan sesiapa, Ahmad Zahid meminta ‘guru’ berkenaan mendengar suara UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakyat.

Malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-18 turut menggunakan rujukan ‘guru’ dan ‘slay’ dalam hantarannya di Facebook.

Perdana Menteri menggunakan kedua-dua istilah berkenaan dalam hantaran bagi mengemas kini maklumat kepada rakyat Malaysia mengenai misi diplomatiknya.

Alhamdulillah, guru telah selamat tiba di New Delhi, India bagi membawa nama negara ke persada dunia di Sidang Kemuncak BRICS Ke-18. Doakan misi diplomatik ini mencapai objektifnya.

“Semoga anak murid dapat belajar daripada guru bagaimana diplomasi Madani dipraktikkan. Slayyy,” tulisnya lagi.

Nnn

Related posts

Leave a Comment