Majlis Syura Ulama semak kerjasama politik

KOTA BHARU 5 Sept. – Sebarang kerjasama politik yang dilakukan oleh Pas akan, diperhalusi, diteliti serta disemak dalam semua aspek sebelum diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk pertimbangan

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kedudukan parti dikawal dan dipandu oleh Majlis Syura Ulama dalam setiap keputusan yang dibuat.

“Yakinlah, sebarang kerjasama politik yang kita buat bukan hanya mesyuarat kemudian suka-suka buat keputusan.

“Kita perhalusi dan teliti satu persatu, kita semak semua aspek dan serah kepada Majlis Syura Ulama untuk panduan. Kerana itu, setiap keputusan kerjasama politik kita, Pas tidak pernah rugi dalam kerjasama politik.

Insya-Allah, kerjasama kita bersama rakan-rakan strategik parti termasuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO, kita yakin muafakat ini akan menguntungkan kita bersama dalam mengambil alih pentadbiran Putrajaya,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Jubli Intan 75 Tahun Pas Pusat, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, Pas kini semakin disenangi pelbagai pihak sehingga banyak parti baharu mahu bekerjasama dan dalam situasi itu Pas sentiasa mengalu-alukan mana-mana parti yang mahu bersama dengan mereka.

“Namun kita tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata untuk menang. Kalau sekadar mahu menang, mahu ke Putrajaya, bukan benda payah.

Bergabung sahaja dengan mana-mana parti, tidak kira halal haram, tidak kira dosa pahala, tidak kira macam mana bentuk. Namun kita tidak begitu.

“Ini kerana kita berpegang dengan apa yang disebut oleh Allah SWT. Ada kaedah yang Allah atur pada kita sama ada dalam konteks taawun siyasi apatah lagi tahaluf siyasi,” katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment