Tekad pertahan SG4, perkukuh perpaduan umat

KOTA BHARU 4 Sept. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengarahkan  seluruh jentera parti mengambil tujuh langkah strategik sebagai agenda bertindak menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Katanya, langkah itu adalah memimpin agenda penyatuan ummah; mempertahankan kemenangan SG4 – negeri model; memperluas kemenangan – negeri sasaran; penguasaan segmen pengundi – Ulama, Pemuda, Muslimat, DHPP.

Di samping itu pengukuhan tarbiah dan organisasi – tunjang kekuatan parti; jentera pilihan raya dan penerangan – menuju kemenangan dan dakwah dan kebajikan – berimoak tinggi.

Dalam ucapan dasar pada Muktamar TunannPas Ke-72 di sini hari ini, beliau menegaskan Pas wajib mengambil langkah politik yang berhikmah untuk menyatukan Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem sebagai sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

“Perpaduan umat Islam mesti diperkukuh kerana perpecahan hanya melemahkan kemampuan umat menjaga  agama, rakyat dan negara. Pada masa sama perpaduan ummah tidak bererti menafikan hak masyarakat bukan Islam.

“Usaha memperkukuh perpaduan umat hendaklah berjalan bersama jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam dan penghormatan kepada kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara yang membawa kebaikan kepada negara tanpa menggadaikan dasar dan prinsip perjuangan.

Beliau seterusnya berkata, Pas bertekad mempertahankan semua kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen yang dimenangi pada PRU ke-15, selain menyasarkan untuk memperluas kemenangan ke Pahang, Perak dan Selangor.

Katanya, kemenangan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, yang membentuk SG4, merupakan “negeri pangkalan” yang mesti terus dipertahankan, diperkukuh pentadbirannya serta dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri.

“Segala pencapaian dan prestasi cemerlang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri hendaklah disampaikan kepada rakyat dan pengundi melalui mesej yang jelas dan cepat, terutamanya menangkis serangan fitnah yang dilemparkan serta mengutamakan penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat,” katanya.

Abdul Hadi yang turut menggariskan matlamat parti itu untuk memperluas kemenangan ke negeri-negeri lain yang disasarkan bersyukur atas kejayaan melahirkan “anak sulung” parti berkenaan di Sabah, selain menambah bilangan kerusi dan memperluas pengaruhnya di Negeri Sembilan.

“Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Keutamaan Pas ialah mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua.

“Maka, kemenangan seterusnya akan disumbangkan oleh Pahang, Perak dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi Pas dan PN di peringkat Parlimen, di samping melonjakkan pencapaian di Melaka yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” katanya.

Justeru, beliau mahu perwakilan menjadikan muktamar sebagai medan muhasabah diri dan seluruh jentera parti seterusnya menghayati tema muktamar “Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan”

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment