Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara

SEPANG 19 Ogos – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyerahkan Memorandum Cadangan Penggubalan Akta Sabotaj Ekonomi Negara (ASEN) sebagai usaha mencadangkan kerangka perundangan yang lebih tegas dan menyeluruh bagi menangani jenayah ekonomi serius.

Jenayah ekonomi itu termasuk rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram, penipuan serta kesalahan kewangan yang boleh menjejaskan kepentingan dan ekonomi negara.

Setiausaha Agung Putra, Nasrul Ali Hasan, menyerahkan memorandum itu bersama-sama Ahli-ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra kepada Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada pukul 2.30 petang.

Pegawai Khas Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Ekonomi), Malahayati Abdullah, menerima memorandum berkenaan.

Penyerahan memorandum ini mencerminkan pendirian Putra bahawa jenayah ekonomi yang melibatkan kepentingan negara dan wang rakyat perlu ditangani secara lebih tegas, berkesan dan tanpa pilih kasih.

Putra berpandangan penggubalan ASEN semakin mendesak apabila Malaysia terus berdepan kes rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan kegagalan tatakelola berskala besar, melibatkan jutaan hingga berbilion ringgit dana awam, simpanan rakyat, aset strategik dan sumber negara.

Menurut Putra, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji memperkukuh keperluan tersebut.

ASEN hendaklah meliputi perbuatan yang dilakukan secara sengaja, terancang atau penyalahgunaan amanah termasuk rasuah berskala besar (grand corruption) dan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan kerugian besar kepada negara; Penyelewengan atau pecah amanah melibatkan dana awam, dana persaraan, simpanan rakyat, sumber negara dan institusi strategik.

Mengenai hukuman, Putra mencadangkan hukuman mandatori yang berat dan setimpal, termasuk penjara minimum mandatori 20 tahun dan tambahan minimum 10 tahun bagi setiap kesalahan di bawah akta sama yang disabitkan, lima sebatan mandatori bagi setiap kesalahan secara terbuka

Pada masa sama hukuman denda berat berdasarkan nilai kerugian atau manfaat yang diperoleh bukan semata-mata nilai suapan; pelucuthakan dan pemulihan aset yang dibuktikan berkaitan dengan kesalahan; Perintah restitusi bagi mendapatkan kembali kerugian negara; dan hilang kelayakan memegang jawatan awam, mengurus institusi strategik atau menyertai perolehan kerajaan.

Mnmm

Related posts

Leave a Comment