Puad sokong calon PH Rengit

BATU PAHAT 4 Julai – Selepas meninggalkan UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohamad Yazid Bakri pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Johor.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, itu menerusi poster kempen yang dimuat naik di laman Facebooknya, berkata, beliau membuat pilihan berdasarkan peribadi calon dan bukan lagi atas faktor parti.

“Sekarang saya tidak berparti. Saya pilih calon kerana peribadi calon. Justeru saya pilih saudara Yazid kerana…,” kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang keluar UMNO pada 25 Jun lalu.

Beliau turut menyenaraikan lima alasan menyokong Mohamad Yazid, iaitu calon berkenaan merupakan anak jati Rengit, menetap di kawasan tersebut, memiliki rumah di Rengit serta merupakan pengerusi sebuah surau di Rengit.

Poster itu turut membawa slogan “Orang Rengit Jaga Rengit” selain memaparkan nombor calon dan lambang PH bagi menggesa pengundi memberikan sokongan kepada Mohamad Yazid.

Terdahulu Puad juga meminta pengundi Rengit menangguh undi kepada BN kecuali dua isu selesai iaitu melantik kontraktor membina tangki air baharu dan siapkan segera baik pulih benteng pecah Kampung Sungai Berong.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) itu mengumumkan keluar daripada UMNO selepas didakwa tidak berpuas hati dengan senarai calon.

Susulan itu Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Mohd Puad pernah mengugut untuk keluar parti dan mengkritiknya secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan bagi kerusi Rengit.

Mohd Puad menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dengan majoriti undi sebanyak 1,920.

Beliau memperoleh 7,903 undi secara keseluruhan, menewaskan tiga calon lain daripada Perikatan Nasional, PKR, dan Pejuang.

Terdahulu Puad juga meminta pengundi Rengit menangguh undi kepada BN kecuali dua isu selesai iaitu melantik kontraktor membina tangki air baharu dan siapkan segera baik pulih benteng pecah Kampung Sungai Berong.
Nnnn

Related posts

Leave a Comment