MB pertahan Machap, seorang Exco gugur

JOHOR BAHRU 24 Jun – Seorang Exco Kerajaan Negeri digugurkan manakala 10 lagi termasuk Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom tidak dicalonkan dan diisi muka baharu, Nadhirah Afiqah Abdull Rahim.

Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN hari ini juga mengumumkan seorang daripada Exco berpindah kerusi DUN iaitu bekas Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar.

Raven Kumar, penyandang kerusi DUN Tenggaroh bakal bertanding di kerusi DUN Kemelah manakala kerusi disandang Raven Kumar itu digantikan dengan Mohd Youzaimi Yusof yang pada PRN Johor 2022 bertanding di kerusi DUN Endau.

Sembilan lagi Exco Kerajaan Negeri termasuk Onn Hafiz kekal bertanding di kerusi DUN masing-masing.

Onn Hafiz akan mempertahankan kerusi Machap; bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri,  Zahari Sarip (Buloh Kasap) dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir).

Selain itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid kekal bertanding di kerusi DUN Semerah; bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon (Yong Peng) dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han turut mempertahankan DUN Paloh.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin bakal mempertahankan kerusi DUN Tanjung Surat; bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor kekal bertanding di Bukit Permai dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah (Larkin).

Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO, Mohd Sumali Reduan, diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi DUN Benut yang sebelum ini disandang Datuk Seri Ir Hasni Mohammad yang juga bekas Menteri Besar Johor.

Manakala penyandang kerusi DUN Endau, Alwiyah Talib yang meninggalkan Bersatu dan kembali menyertai UMNO awal bulan ini diumum sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi itu.

Alwiyah pertama kali memenangi kerusi DUN Endau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 atas tiket BN-UMNO, dan ,ppada Mei 2018 beliau bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor lain meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment