Nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR 4 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihati Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Halim Aman supaya melaksanakan amanah dipikul dengan penuh integriti.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah, usaha membanteras gejala rasuah di negara ini mesti dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat itu ketika menerima menghadap Abdul Halim di Istana Negara di sini, hari ini.

Pada 25 April lalu, baginda memperkenankan pelantikan Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei lalu bagi menggantikan Azam Baki. 

Related posts

Leave a Comment