David Beckham capai status bilionair

LONDON – Sir David Beckham legenda bola sepak England, muncul sebagai atlet pertama United Kingdom (UK) yang memiliki kekayaan mencecah status bilionair.

Beckham bersama isterinya, Lady Victoria Beckham dianggarkan memiliki kekayaan gabungan sebanyak 1.2 bilion pound, sekali gus meletakkan beliau dalam kelompok elit individu paling kaya di UK.

David dan Lady Beckham dilaporkan menggandakan kekayaan mereka dalam tempoh 12 bulan lalu, sekali gus melonjakkan beliau sebagai atlet pertama UK yang mencapai status bilionair.

Demikian menurut senarai tahunan Sunday Times Rich List bagi 350 individu dan keluarga terkaya negara itu.

Senarai tersebut turut menyaksikan kemunculan sulung dua beradik terkenal kumpulan Oasis, Noel dan Liam Gallagher yang dianggarkan mempunyai kekayaan sekitar 375 juta pound.

Sementara itu, tempat teratas senarai berkenaan kekal milik Sanjay dan Dheeraj Hinduja, yang menduduki posisi pertama untuk tahun kelima berturut-turut dengan nilai kekayaan mencecah 38 bilion pound.

Kedua-dua mereka menerajui Kumpulan Hinduja yang mempunyai kepentingan perniagaan global merangkumi sektor minyak, gas, perbankan dan pengangkutan.

Antara individu yang mencatat peningkatan terbesar dalam senarai tahun ini ialah pengasas bersama syarikat teknologi kewangan Revolut, Nik Storonsky serta usahawan dagangan, Alex Gerko.

Berikut senarai 10 individu terkaya UK:

  • Sanjay dan Dheeraj Hinduja dan keluarga (38 bilion pound)
  • David dan Simon Reuben dan keluarga (27.9 bilion pound)
  • Sir Leonard Blavatnik (26.8 bilion pound)
  • Idan Ofer (24.4 bilion pound)
  • Keluarga Weston (18.9 bilion pound)
  • Christopher Harborne (18.1 bilion pound)
  • Nik Storonsky (16.4 bilion pound)
  • Alex Gerko (16 bilion pound)
  • Sir Jim Ratcliffe (15.1 bilion pound)
  • Igor dan Dmitry Bukhman (14.2 bilion pound)

Menurut laporan itu, kini terdapat 157 bilionair di UK, berkurangan sebanyak 20 orang berbanding empat tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, kekayaan Raja Britain, Raja Charles III dilaporkan meningkat sebanyak 40 juta pound kepada 680 juta pound, sekali gus meletakkannya di tangga ke-230 dalam senarai.

Jumlah itu turut mengatasi bekas Perdana Menteri UK, Rishi Sunak dan isterinya, Akshata Murty yang dianggarkan mempunyai kekayaan sekitar 563 juta pound.

Beckham gandakan kekayaan dalam setahun.

Dalam masa sama, antara individu yang mencatat penurunan ketara termasuk pencipta teknologi, Sir James Dyson, yang kini memiliki sekitar 12 bilion pound, susut sebanyak 8.8 bilion pound berbanding tahun sebelumnya.

Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe pula menyaksikan kekayaannya merosot daripada 17 bilion pound kepada sekitar 15.19 bilion pound.

Wajah baharu dan perhatian politik.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment