RAMALLAH – Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini menyatakan bahawa Israel terus memberikan tekanan politik bagi menghapuskan agensi itu.
Katanya, agensi itu berada di bawah tekanan yang amat besar dan Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa.
Lazzarini dalam sidang media, di luar Persidangan Keselamatan Munich di Munich, Jerman menjelaskan bahawa situasi di Semenanjung Gaza “kekal tragik”, dengan penduduk kehilangan hampir segala-galanya.
Beliau berkata, penduduk bergelut untuk terus hidup akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza manakala kanak-kanak tidak bersekolah selama lebih dua tahun, sambil menegaskan kepentingan UNRWA untuk terus menyediakan perkhidmatan kesihatan serta pendidikan rendah dan menengah.
“Israel terus memberikan tekanan politik untuk menghapuskan UNRWA, dan kami menyaksikan kemusnahan ibu pejabat kami di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.” katanya sambil menegaskan keperluan untuk memberi perhatian terhadap perkembangan di Tebing Barat sebelum terlambat
Nnnn
