SEPANG 15 Feb. – Penasihat DAP, Lim Guan Eng, tetap berpegang kepada kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 12 Januari 2022 supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki digantung tugas. Bekas Setiausaha Agung DAP itu berkata, pada masa itu, Azam terlibat dalam kontroversi pegangan saham yang serupa berhubung pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (dahulunya KBES Berhad) pada 30 April 2015, yang bernilai kira-kira RM772,000. Menerusi satu kenyataan, Guan Eng berkata, pegangan saham Azam dalam Gets Global Berhad menurun kepada 1,029,500 saham setakat 31 Mac…
Read MoreDay: February 15, 2026
Saya tak perlu bercuti – Azam
SEPANG 15 Feb . – “Saya tak perlu bercuti”, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki susulan siasatan berkait isu pemilikan saham yang sedang dijalankan terhadapnya. Katanya, sebelum ini ada juga individu yang disiasat di mahkamah, namun masih bertugas. Azam ditanya mengenai desakan beberapa Ahli Parlimen supaya beliau mengambil cuti pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani di Kampung Sungai Buah, Dengkil, dekat sini hari ini, “Itu terpulang kepada mereka. Saya tidak perlu bercuti,” katanya sambil mengulangi kesediaannya untuk disiasat oleh jawatankuasa khas yang…
Read MoreBerita pilihan….
Putin ‘hamba kepada perang’
MUNICH – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggelar Presiden Russia, Vladimir Putin sebagai hamba perang susulan pencerobohan berterusan negara itu sehingga meragut ratusan ribu nyawa. “Dia mungkin melihat dirinya sebagai seorang Tsar, tetapi hakikatnya dia adalah hamba kepada perang.” katanya ketika berucap pada Persidangan Keselamatan Munich. Beliau menegaskan Kyiv sedang melakukan segala-galanya untuk menamatkan perang dengan Moscow, antaranya menerusi rundingan terbaru yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan. Zelensky dalam ucapannya turut mendedahkan serangan Moscow juga merosakkan setiap loji janakuasa di Ukraine. Menjelang beberapa hari sebelum ulang tahun keempat…
Read MoreIsrael terus tekan UNRWA
RAMALLAH – Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini menyatakan bahawa Israel terus memberikan tekanan politik bagi menghapuskan agensi itu. Katanya, agensi itu berada di bawah tekanan yang amat besar dan Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa. Lazzarini dalam sidang media, di luar Persidangan Keselamatan Munich di Munich, Jerman menjelaskan bahawa situasi di Semenanjung Gaza “kekal tragik”, dengan penduduk kehilangan hampir segala-galanya. Beliau berkata, penduduk bergelut untuk terus hidup akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza manakala kanak-kanak tidak bersekolah selama lebih dua tahun,…
Read More