Suhu panas, penduduk saman kerajaan

TOKYO –  Sebanyak 452 penduduk Jepun memfailkan saman di Mahkamah Daerah Tokyo serta menuntut pampasan 1,000 yen bagi setiap plaintif, selepas mendakwa kerajaan tidak memberi respons memadai terhadap perubahan iklim .

Jepun pada ketika ini berdepan musim panas dengan suhu purata direkodkan jauh lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini, menjadikannya musim panas paling panas sejak rekod bermula pada 1898.

Menurut akhbar Asahi Shimbun, penduduk berhujah bahawa peningkatan haba melampau dan kekerapan bencana alam yang mengancam nyawa, kesihatan serta harta benda, sekali gus melanggar hak mereka untuk hidup dengan tenang serta menikmati persekitaran yang mampan.

Saman itu merujuk kepada sasaran yang ditetapkan di bawah Perjanjian Paris, yang telah diterima oleh kerajaan Jepun, namun plaintif mendakwa pihak berkuasa gagal mengambil langkah mencukupi untuk mencapainya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment