PAU 2025 kekal 14 hingga 17 Januari

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) akan berlangsung seperti dijadualkan pada 14 sehingga 17 Januari 2026 depan, walaupun bertembung dengan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag. Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kelonggaran diberi perwakilan dari Sabah susulan pertindihan tarikh sama ada mereka boleh datang secara fizikal ataupun mereka sertai secara dalam talian. Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan High Innovation Product and Service Expo (HIPEX) 2025 di Kompleks MARA Halal Industrial Park (MIHP) di sini,…

Read More

Suhu panas, penduduk saman kerajaan

TOKYO –  Sebanyak 452 penduduk Jepun memfailkan saman di Mahkamah Daerah Tokyo serta menuntut pampasan 1,000 yen bagi setiap plaintif, selepas mendakwa kerajaan tidak memberi respons memadai terhadap perubahan iklim . Jepun pada ketika ini berdepan musim panas dengan suhu purata direkodkan jauh lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini, menjadikannya musim panas paling panas sejak rekod bermula pada 1898. Menurut akhbar Asahi Shimbun, penduduk berhujah bahawa peningkatan haba melampau dan kekerapan bencana alam yang mengancam nyawa, kesihatan serta harta benda, sekali gus melanggar hak mereka untuk hidup dengan tenang serta…

Read More

Kematian tokoh gerakan belia cetus protes

DHAKA – Kematian Sharif Osman Hadi, tokoh utama gerakan belia yang menjatuhkan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, mencetuskan gelombang protes dan serangan terhadap media. Keganasan meletus di beberapa bandar utama Bangladesh selepas Hadi, 32, ditembak penyerang bertopeng ketika keluar dari sebuah masjid di Dhaka minggu lalu dan meninggal dunia akibat kecederaan pada Khamis ketika menerima rawatan di Singapura. Serangan itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Bangladesh mengumumkan tarikh pilihan raya pertama sejak kebangkitan rakyat pada 2024, pilihan raya yang dirancang Hadi untuk sertai sebagai calon bebas. Berita kematiannya mencetuskan kemarahan…

Read More