14 penjuru di DUN Tulid

KOTA KINABALU 15 Nov. – Pertandingan 14 penjuru disahkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah pada 29 November ini.

Ia melibatkan calon yang mewakili lapan parti politik sementara bakinya adalah calon-calon Bebas.

Rufinah Pengeran mewakili Pakatan Harapan (PH), Vinson Rusikan (Parti Kebangsaan Sabah atau PKS), Lucia Khing (Parti Warisan), Datuk Everitus Gungkit (Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR), Mohd Khairil Abdullah (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu atau UPKO).

Ancis@Rayner Francis Udog (Parti Impian Sabah atau PIS), Jufina Dimis (Parti Rumpun Sabah) dan Dr Aisat Ellik Igau Inggau (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat atau KDM).

Enam calon Bebas iaitu Suman @ Sunsunah Yasambun, Clarence Carter Maraat, Edwin Laimin, Jordan Jude Ellron, Engah Sintan @ Dahlan Abdullah dan Lautis @ Laulis Anggang, yang kali pertama dipertandingkan pada 2020.

DUN Tulid mempunyai 16,551 pengundi dan pada PRN Sabah Ke-16, kerusi itu dimenangi oleh Flovia Ng daripada STAR dengan majoriti 544 undi.

Empat lagi DUN menerima 13 pencalonan iaitu Tamparuli, Inanam dan Kapayan dan Bandau manakala Banggi mencatat pertandingan 12 penjuru.

Enam DUN mencatat persaingan 11 penjuru iaitu Bengkoka, Tanjong Kapor, Karambunai, Tanjung Keramat, Balung dan Pintasan yang menyaksikan penyertaan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bekas Speaker Dewan Rakyat itu, yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berdepan calon Barisan Nasional (BN) Tadzul Radim, Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional-PN), Raplin Samat (STAR), Abdullah Otong (Warisan), Lomog Rudin @Efejus Rudin (PIS), Almudin Kiada (KDM) serta empat calon Bebas iaitu Syarif Mohd Shukree Danchingan, Datuk Fairuz Renddan, Tajuddin Padis dan Mohd Rizal Saiman.

Pertandingan enam penjuru pula, yang juga persaingan paling banyak dicatat pada PRN kali ini, membabitkan 13 DUN iaitu Pitas, Matunggong, Usukan, Darau, Likas, Kuala Penyu, Lumadan, Sungai Manila, Sekong, Lamag, Kunak, Apas dan Sri Tanjong.

Persaingan paling sedikit direkodkan di DUN Senallang dan DUN Merotai masing-masing membabitkan empat penjuru.

 

FOTO

Dari kiri atas Rufinah Pengeran, Vinson Rusikan, Lucia Khing, Everitus Gungkit,

Bawah kiri Mohd Khairil Abdullah; Dr Aisat Ellik Igau Inggau; Edwin Laimin, dan Suman Yasambun

Related posts

Leave a Comment