KOTA KINABALU 9 Nov. – Hanya 20 peratus muka lama dengan lima daripada mereka adalah penyandang akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, pada 29 November ini.
Ini bermakna, sebanyak 80 peratus daripada 41 calon BN yang diumumkan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin di sini, hari ini adalah muka baharu.
Kerusi Dewan Undangan (DUN) yang bakal ditandingi BN ialah Banggi, Bengkoka, Pitas, Tanjung Kapor, Pintasan, Tempasuk, Usukan, Sulaman, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Tanjung Keramat, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, Membakut, Klias, Kuala Penyu dan Lumadan.
Selain itu Kundasang, Karanaan, Paginatan, Liawan, Nabawan, Sook, Telupid, Sugut, Labuk, Sungai Manila, Sungai Sibuga, Sekong, Lamag, Sukau, Tungku, Silam, Kunak, Bugaya, Balung, Apas, Tanjung Batu dan Sebatik.
Lima calon yang akan mempertahankan kerusi mereka adalah Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar (DUN Lamag), Jafri Arifin (Sukau), Harun Durabi (Bengkoka), Dr Salleh Said Keruak (Usukan), dan Yakub Khan (Karambunai).
Empat calon merupakan Ahli Parlimen pula ialah Bung Moktar (Kinabatangan), Ahli Parlimen Libaran, Suhaimi Nasir (Sungai Sibuga); Ahli Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin (Bongawan); dan Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup (Sook).
Mohamad yang juga Timbalan Menteri Luar, adalah calon bertanding semula di samping calon kerusi DUN Pitas, Datuk Bolkiah Ismail.
Kedua-dua mereka pernah menyandang kerusi berkenaan sebelum ini.
Sementara itu, tiga calon wanita adalah antara 80 peratus muka baharu terbabit.
Mereka ialah Normalah Rasick yang dinamakan sebagai calon kerusi DUN Banggi, Laiji Ompongoh (Nabawan), dan Saleha Wahid (Tungku).
Selebihnya, Kevin Lee Sip Kim (Tanjong Kapor), Tadzul Radim (Pintasan), Abdul Rahman Dahlan (Tempasuk), Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (Sulaman).
Selain itu, Alfian Sambas (Pantai Dalit), Arfansyah Abdul Gafar (Darau), Jeffry Nor Mohamed (Tanjung Keramat), Jamal Norubit (Kawang), dan Reduan Ismail (Pantai Manis).
Rusman Dulamit (Membakut), Osin Jilon (Klias), Awang Aslee Lakat (Kuala Penyu), Mohd Nazri Abdullah (Lumadan), Japirin Sahadi (Kundasang), Nadzimin Kamin (Karanaan), Junaidi Sahat (Paginatan), Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi (Liawan), Benedict Asmat (Telupid), Mohammad Ariffin Pachuk (Sugut), dan Yusof Latif (Labuk).
Turut dinamakan ialah Zaini Tiksun (Sungai Manila), Mohd Zharif Aizat Samsuddin (Sekong), Sharif Musa Sharif Mabul (Silam), Anil Jeet Singh (Kunak), Abdul Manan Indanan (Bugaya), Erwan Palate (Balung), Dr Elmiariezan Adran (Apas), Samasudin Yusop (Tanjong Batu) dan Aslan Fadli Samsul Alang (Sebatik).
Bung Moktar berkata, senarai calon BN itu bagaimanapun belum muktamad kerana dijangka ada lagi kerusi tambahan diumumkan selepas ini.
Katanya, dua calon yang dikemukakan BN kali ini juga adalah doktor perubatan iaitu Dr Shahnon Rizal yang dijangka mencabar Ketua Menteri, Hajiji Noor, di kerusi DUN Sulaman.
Seorang lagi ialah Dr Elmiariezan yang bakal mencabar Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, di kerusi DUN Apas.
Nnn
