KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan kelewatan siasatan dibuat membabitkan kematian Zara Qairina Mahathir, 13, yang ditemui tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.
Syed Saddiq dalam perbahasannya mempersoalkan mengapa pihak berkuasa perlu tunggu untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Dah ‘viral’ (tular), dah ada protes, baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden dan polis penyiasat serta buat bedah siasat,” kata Syed Saddiq (Muda-Muar) pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau mempertikaikan kelewatan siasatan dibuat membabitkan kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, yang ditemui tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.
“Kita lihat kes adik Zara, persoalan saya kenapa lambat sangat, perlu tunggu dua tiga minggu baru nak ambil tindakan.
Bayangkan ibu bapa yang nak hantar anak ke sekolah berasrama penuh (SBP), mereka tentu bimbang anak dibuli, malah puluhan lagi kes buli di luar sana berlaku, cuma tak dapat liputan meluas, bagaimana nasib mereka?
“Cukup-cukuplah kita reaktif hanya bila ada liputan media meluas, ada kematian, ada protes besar-besaran, realitinya ramai mangsa buli berdiam diri, tak sampai tahap sehingga membawa kematian tapi impaknya kepada maruah mereka berkekalan berpuluh-puluh tahun dan beri impak kepada pembangunan sahsiah diri,” katanya.
Nnnn
