KUALA LUMPUR 13 Ogos – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan anaknya diheret sebelum dicucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba oleh seorang lelaki ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, hari ini.. Menurut Rafizi, dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, anak dan isterinya sedang memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah berkenaan apabila insiden berkenaan berlaku. “Semakan menunjukkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka sudah merancang serangan itu lebih awal. “Serangan itu membabitkan dua lelaki berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar…
Read MoreDay: August 13, 2025
Syed Saddiq persoal lewat bertindak
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan kelewatan siasatan dibuat membabitkan kematian Zara Qairina Mahathir, 13, yang ditemui tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu. Syed Saddiq dalam perbahasannya mempersoalkan mengapa pihak berkuasa perlu tunggu untuk mengambil tindakan sewajarnya. “Dah ‘viral’ (tular), dah ada protes, baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden dan polis penyiasat serta buat bedah siasat,” kata Syed Saddiq (Muda-Muar) pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari…
Read MorePegawai penyiasat gagal patuhi SOP
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dengan tidak memohon bedah siasat dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Tindakan tegas itu sedang diteliti termasuk kemungkinan penggantungan tugas, namun masih di peringkat siasatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar S Muthuvelu, berkata prosedur operasi standard (SOP) jelas mewajibkan bedah siasat dilakukan sekiranya punca kematian tidak diketahui atau wujud elemen mencurigakan. Katanya, walaupun ada permohonan keluarga untuk tidak menjalankan bedah siasat, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat…
Read More4,194 penjawat awam bankrap sejak 2020
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merekodkan 4,194 penjawat awam bersamaan 0.3 peratus daripada 1.6 juta kakitangan awam di seluruh negara diisytihar bankrap sejak 2020 hingga Jun 2025. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, pada sesi soal jawab memberitahu, sebahagian besar punca masalah kewangan adalah komitmen hutang tinggi dan kos sara hidup yang meningkat. Katanya, kerajaan akan terus memantau supaya penjawat awam boleh mengurus kewangan mereka dengan berhemah. “Bagi penjawat awam, kita memang selalu akan berinteraksi dan berunding melalui AKPK jika mereka…
Read MoreAGC arah prosiding inkues kematian Zara Qairina
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Susulan laporan siasatan kematian Zara Qairina Mahathir yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan. AGC menerusi kenyataan berkata, keputusan untuk menjalankan inkues adalah , selaras peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). “Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina. Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” kata kenyataan itu,…
Read MorePemuda UMNO ucap terima kasih pada MCA
SEPANG 13 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh mengucapkan terima kasih kepada MCA kerana telah membuat satu laporan polis terhadap Pemuda UMNO Terengganu atas kekurangan jalur di bendera Malaysia pada poster mereka. Beliau juga memohon supaya pihak polis dapat menyiasat dan didakwa seterusnya dikenakan hukuman yang berat. Dalam kenyataannya, beliau turut bertanya MCA sama ada telah membuat laporan polis terhadap insiden mengibarkan bendera terbalik di sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang. “Jika tidak lebih baik kamu buat juga,kerana takut kamu dianggap berat sebelah kerana tidak berani…
Read MoreBerita pilihan….
Turkiye sedia jadi tuan rumah sidang
ISTANBUL – Turkiye menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak peringkat pemimpin bagi terus menyokong proses damai Ukraine dan Russia. Presiden Recep Tayyip Erdogan menyatakan, persefahaman itu dicapai dalam perbualan telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, yang dibuat atas permintaan Kyiv. Erdogan berkata penubuhan kumpulan kerja dalam bidang ketenteraan, kemanusiaan dan politik akan membuka laluan kepada sidang kemuncak itu. Menurut Direktorat Komunikasi Turkiye, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala Turkiye-Ukraine serta isu-isu utama serantau dan global. Erdogan menekankan kemajuan dalam rundingan terus yang sedang berlangsung antara Ukraine dan Russia…
Read More11 maut, Israel terus membedil Gaza
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 11 orang, terbunuh selepas pesawat dan kereta kebal Israel terus membedil kawasan timur bandar Gaza sepanjang malam tadi. Serangan itu berlaku ketika pemimpin Hamas, Khalil Al-Hayya, tiba di sini untuk menghadiri rundingan bagi menghidupkan semula pelan gencatan senjata disokong Amerika Syarikat (AS). Pegawai Hamas, Taher al-Nono, berkata mesyuarat dengan pegawai Mesir dijadual bermula hari ini, menumpukan kepada beberapa agenda mustahak Ia akan menumpukan usaha menghentikan peperangan, menyalurkan bantuan dan mengakhiri penderitaan rakyat kami di Gaza. Sementara itu, pelan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memperluas kawalan ketenteraan…
Read More