Iran minat beli jet pejuang buatan China

TEHRAN – Iran sedang mempertimbangkan untuk membeli jet pejuang moden buatan China, versi eksport Chengdu J-10, demikian menurut lapiran media.

Laporan itu turut mengaitkan lawatan Menteri Pertahanan Iran ke Qingdao, sebuah bandar pesisir di China beberapa hari lalu sebagai sebahagian daripada rundingan berkaitan pembelian itu.

Beliau berada di China bagi menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Kelemahan utama ketenteraan Iran ketika ini ialah kekuatan angkatan udaranya yang uzur, akibat sekatan antarabangsa yang ketat.

Banyak pesawat tenteranya, termasuk model F-14 masih digunakan sejak era pra-Revolusi Iran 1979 ketika Tehran mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS).

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ketenteraan dengan Russia, Iran berusaha selama bertahun-tahun untuk mendapatkan jet pejuang moden Su-35, namun belum berjaya.

Sehubungan itu, doktrin pertahanan Iran lebih menumpukan kepada kumpulan bersenjata serantau serta pembangunan program peluru berpandu dan dron.

Sekatan antarabangsa juga menyebabkan Iran hampir terputus daripada sistem kewangan global.

Menurut laporan, urus niaga pertahanan dengan China secara teorinya tetap boleh berlaku, namun tidak jelas sama ada Beijing bersedia untuk menjualnya kepada Iran.

Nnn

Related posts

Leave a Comment