TEHRAN – Iran menuntut pampasan bagi kerugian yang dialaminya susulan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Menurut jurucakap kerajaan, Fatemeh Mohajerani, Iran tidak memulakan peperangan itu, yang menyebabkan negara berkenaan menanggung ‘kerugian besar’, termasuk korban jiwa serta kerosakan kediaman dan infrastruktur awam.
Dalam wawancara dengan Al Jazeera, Mohajerani berkata pampasan adalah antara tuntutan yang akan dibincangkan dalam sebarang rundingan dan pihaknya bersedia untuk bergerak ke arah keamanan yang mampan.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kawalan ke atas Selat Hormuz serta penarikan sekatan turut menjadi perkara utama lain yang perlu diambil kira.
