Lagi rakyat Palestin maut serangan Israel

GAZA – Gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas yang masih berkuat kuasa,  gagal menghentikan keganasan, apabila sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk enam sekeluarga maut dalam siri serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, semalam.

Menurut agensi pertahanan Gaza yang berperanan sebagai pasukan penyelamat, satu daripada serangan itu menyasarkan rumah keluarga Al-Masri di pusat Bandar Gaza, manakala enam lagi terbunuh dalam serangan berasingan pada hari sama.

Saksi berkata, enam sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh dalam serangan itu, manakala Hospital Al-Shifa di Gaza mengesahkan menerima mayat dan mangsa cedera.

Sumber tentera Israel pula berkata, serangan itu menyasarkan ‘seorang ahli Hamas’ di situ, namun enggan mengulas lanjut.

Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Thameen Al-Kheetan, berkata sekurang-kurangnya 57 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel antara 13 hingga 20 Julai lalu.

“Tentera Israel meningkatkan serangan di Gaza sejak beberapa hari lalu. Tiada tempat benar-benar selamat untuk rakyat Palestin di Gaza,” katanya kepada pemberita di Geneva.

Kementerian Kesihatan Gaza pula berkata, sekurang-kurangnya 1,168 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober lalu, manakala tentera Israel memaklumkan lima anggotanya dan seorang kontraktor awam maut di Gaza bagi tempoh sama.

Nnn

Related posts

Leave a Comment