Semak daftar pemilih tambahan Mei

PUTRAJAYA 20 Julai – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2026 (DPT BLN5/2026) boleh dibuat sehingga 29 Julai ini sama ada melalui portal SPR, aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian Semakan Pendaftaran Pemilih 03-8892 7218.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DPT berkenaan mengandungi 40,139 nama warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Selain itu, DPT berkenaan mengandungi 23,902 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,400 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status.

Sekiranya mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN5/2026, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian menerusi pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Untuk rekod pemilih baharu yang direkodkan sepanjang April lalu adalah  39,111 berbanding 40,958 (Mac), 36,141 (Februari) dan 38,705 orang pada Januari.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment