LONDON – Andy Burnham, Perdana Menteri Britain yang baharu berjanji melaksanakan pembaharuan terbesar di Britain sejak empat dekad menerusi model politik dan ekonomi baharu bagi mengembalikan kestabilan negara serta memulihkan keyakinan rakyat. Beliau berkata pembaharuan berkenaan akan menjadi titik perubahan buat negara itu selepas berdepan ketidaktentuan politik sepanjang sedekad lalu. “Kita akan menjadikan detik ini sebagai titik perubahan buat Britain dengan melaksanakan pembaharuan terbesar dalam tempoh 40 tahun. Kita akan memperkenalkan model politik dan ekonomi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan sulung di luar 10 Downing Street pada Isnin…
Read MoreDay: July 20, 2026
Penerbangan sulung AirBorneo Airways
SEPANG 20 Julai – AirBorneo Airways memulakan penerbangan sulung dari Kuching ke Kuala Lumpur (KLIA) yang membawa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan menteri negeri Sarawak serta tetamu kenamaan. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof menyambut ketibaan penerbangan sulung AirBorneo Airways dari Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini. Pengerusi AirBorneo, Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata penerbangan sulung laluan Kuching-Kuala Lumpur itu merupakan satu pencapaian penting buat Sarawak dan AirBorneo, syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak. “Ini mencerminkan komitmen kami dalam memperkukuh…
Read MorePemangku menteri Singapura letak jawatan
SINGAPURA 20 Julai – Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam Singapura, Prof. Madya Muhammad Faishal Ibrahim meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini selepas terbabit dalam isu hubungannya dengan seorang wanita. Beliau turut meletak jawatan pemegang jawatan politik, Anggota Parlimen (AP) dan sebagai anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP), parti pemerintah Singapura. Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, berkata Muhammad Faishal berbuat demikian selepas isu hubungannya dengan seorang wanita diketahui kira-kira sebulan lalu selepas pejabatnya menerima emel daripada seorang wanita yang membuat aduan berkaitan hubungannya dengan Muhammad Faishal. “Kebanyakan perhubungan mereka berlaku…
Read MoreDataran Merdeka dibanjiri sampah sarap
KUALA LUMPUR 20 Julai – Selesai aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina, awal pagi tadi, Dataran Merdeka dibanjiri sampah sarap selepas ribuan orang berhimpun bagi menyaksikan dan meraikan perlawanan akhir itu. Dataran Merdeka yang lambang maruah dan sejarah negara ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah sarap. Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, meluahkan kekecewaan terhadap sikap sebahagian penyokong yang hadir menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026 itu. Beliau berkata, orang ramai seharusnya menunjukkan rasa sayang terhadap Kuala Lumpur dengan memastikan kawasan awam sentiasa…
Read MoreSemak daftar pemilih tambahan Mei
PUTRAJAYA 20 Julai – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2026 (DPT BLN5/2026) boleh dibuat sehingga 29 Julai ini sama ada melalui portal SPR, aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian Semakan Pendaftaran Pemilih 03-8892 7218. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DPT berkenaan mengandungi 40,139 nama warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Selain itu, DPT berkenaan mengandungi 23,902 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,400…
Read MoreBerita pilihan…
Mbappe pemenang Kasut Emas Piala Dunia
NEW JERSEY – Penyerang Perancis, Kylian Mbappe dinobatkan pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2026 selepas Lionel Messi gagal menambah jaringan pada aksi final di New Jersey, awal pagi Isnin. Kapten Perancis itu meledak 10 gol sepanjang kejohanan untuk muncul penjaring terbanyak, mengatasi legenda Argentina, Messi yang menamatkan kempen dengan lapan gol. Pemain tengah England, Jude Bellingham dan penyerang Norway, Erling Haaland masing-masing berada di belakang dengan tujuh gol. Mbappe, 27, yang beraksi bersama Real Madrid, turut memenangi anugerah sama pada Piala Dunia 2022 di Qatar ketika Perancis muncul naib juara…
Read MoreAmaran guna ‘kekuatan penuh’ hadapi Iran
BAITULMUQADDIS – Israel mengeluarkan amaran akan bertindak balas dengan ‘kekuatan penuh’ terhadap sebarang serangan Iran, selepas tentera zionis dan Jordan memintas peluru berpandu Iran yang dilancarkan ke arah bandar Aqaba, Jordan. Menteri Pertahanan Israel Katz berkata, jika Iran melancarkan peluru berpandu ke Israel, mereka akan diserang dengan kekuatan penuh. “Jika Amerika Syarikat (AS) mengubah dasarnya, yang juga boleh berlaku, kami bersedia untuk mengambil tindakan sama ada secara defensif mahupun ofensif terhadap Tehran,” kata Israel Katz. Bandar Aqaba terletak berhampiran sempadan dengan bandar Eilat di Israel. Sementara itu, Ketua Turus Angkatan…
Read More