Amaran guna ‘kekuatan penuh’ hadapi Iran

BAITULMUQADDIS – Israel mengeluarkan amaran akan bertindak balas dengan ‘kekuatan penuh’ terhadap sebarang serangan Iran, selepas tentera zionis dan Jordan memintas peluru berpandu Iran yang dilancarkan ke arah bandar Aqaba, Jordan.

Menteri Pertahanan Israel Katz berkata, jika Iran melancarkan peluru berpandu ke Israel,  mereka akan diserang dengan kekuatan penuh.

“Jika Amerika Syarikat (AS) mengubah dasarnya, yang juga boleh berlaku, kami bersedia untuk mengambil tindakan sama ada secara defensif mahupun ofensif terhadap Tehran,” kata Israel Katz.

Bandar Aqaba terletak berhampiran sempadan dengan bandar Eilat di Israel.

Sementara itu, Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir turut berikrar akan bertindak balas dengan ‘tegas’ sekiranya Iran melancarkan serangan terhadap Israel.

“Kami memantau pelancaran peluru berpandu hari ini ke arah kawasan Aqaba dan sistem pertahanan udara kami kekal dalam keadaan berjaga-jaga bagi melindungi orang awam Israel.

Kami bersedia untuk menyambung semula operasi ketenteraan pada bila-bila masa dan akan bertindak dengan penuh ketegasan terhadap sesiapa sahaja yang mencederakan kami,” kata Zamir kepada komander-komander tentera di Tebing Barat yang diduduki.

Nnn

Related posts

Leave a Comment