SEPANG 19 Julai – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyasarkan untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini selepas meletakkan calon di 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu melebihi jumlah majoriti mudah sebanyak 19 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.
“InsyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat Negeri Sembilan, Bersatu akan membentuk kerajaan negeri. Bersatu bertekad memanfaatkan mandat ini sebaik mungkin demi kebajikan rakyat dan kemajuan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Beliau berkata, tawaran-tawaran khusus untuk rakyat Negeri Sembilan akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Saya berharap agar pengundi-pengundi di Negeri Sembilan memberikan kepercayaan kepada calon-calon Bersatu untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mudah-mudahan mereka semua dengan izin Allah beroleh kemenangan,” katanya.
Pada PRU DN Johor, Bersatu bertanding sebanyak 16 kerusi DUN dan hilang semua wang pertaruhan.
