Undur jika serang rakan kerajaan Persekutuan

IPOH 19 Julai  –  Anwar Ibrahim memberi amaran mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN).

Menurut Perdana Menteri, mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara berkenaan akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang.

“Kalau dia pegang jawatan daripada persekutuan, dia tak boleh serang, menjadikan ini sebagai satu medan politik menyanggah kerana dia kena jaga juga disiplin.

“Kalau dia pilih untuk buat begitu, dia harus undur daripada jawatan dia. Kita kena jaga supaya jangan langgar kerana kalau ada pelanggaran, saya akan minta mereka undur.” kata beliau dalam sidang media selepas menghadiri Program Madani Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, di sini, hari ini.

Beliau berkata ingatan itu diberikan selepas menghubungi Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof, semalam.

Menurut Anwar, kerajaan tidak menghalang persaingan politik di peringkat negeri, namun perbezaan pendirian itu tidak boleh menjejaskan kerjasama yang sedang berjalan di peringkat Persekutuan.

Katanya, calon yang memegang jawatan dalam kerajaan masih boleh berkempen dan membangkitkan isu berkaitan negeri masing-masing, tetapi perlu mengelakkan serangan terhadap rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita ingatkan calon-calon, terutama yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi, dia boleh bertarung dalam isu-isu negeri.

Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di Persekutuan kekal baik supaya kerja boleh dijalankan.

“Biarlah kita kawal kalau ada pertarungan di peringkat negeri.” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment