BATU PAHAT 6 Julai – Pengundi muda, antara 18 hingga 25 tahun dikategori sebagai kritikal kerana golongan ini mudah terpengaruh hasutan dan fitnah yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, berkata golongan itu yang berada di luar Johor pulang ke kampung serta mempengaruhi ibu bapa masing-masing yang menyebabkan BN hilang tampuk di Johor. Lantaran untuk mengelak situasi sama berulang, beliau meminta ibu bapa agar mempengaruhi anak masing-masing supaya tidak lagi mengundi parti yang menjanjikan bulan dan bintang. Katanya ,…
Read MoreDay: July 6, 2026
Pilihan raya Johor bukan penentu Najib bebas
SEPANG 6 Julai – Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor bukan penentu pembebasan Najib Razak sebaliknya bekas Perdana Menteri itu hanya boleh bebas menerusi pengampunan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan. Justeru Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa Pakatan Harapan (PH) berkempen dengan berhemah dan tidak menjaja nama Najib sebagai modal kempen kerana pembebasan itu tidak boleh ditentukan melalui pilihan raya. “Kempenlah secara berhemah! Sejak bila pembebasan seseorang ditentukan melalui pilihan raya?,” katanya menerusi Facebook, hari ini. Dalam ruangan komen , Asyraf Wajdi menjelaskan,…
Read MoreTingkatkan tahap persediaan tunai haji
KUALA LUMPUR 6 Julai – Bakal jemaah haji bagi musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M diingatkan supaya meningkatkan tahap persediaan dari segi kesihatan, kewangan, pengemaskinian maklumat serta penguasaan ilmu fardu ain dan ibadah haji. Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, persediaan awal dan tersusun penting bagi memastikan mereka memenuhi syarat kemampuan atau istito’ah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Menurut TH, langkah proaktif itu bertujuan membantu bakal jemaah bersedia lebih awal sebelum menerima surat tawaran haji apabila tiba giliran mereka. Justeru bakal jemaah digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan lebih…
Read More18 kes buang bayi dalam tempoh 3 bulan
KUALA LUMPUR 6 Julai – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merekodkan 18 kes pembuangan bayi antara Januari hingga Mac lalu. Timbalan Menteri KPWKM Lim Hui Ying, berkata angka itu membabitkan 10 kes di Selangor, manakala dua kes masing-masing di Sabah dan Pulau Pinang serta satu kes di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak. Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, sebanyak 72 kes sama direkodkan tahun lalu, selain semua bayi bagi kes dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan selamat. Katanya, kementerian menerusi…
Read MorePakej umrah RM5,990, rebut Andalusia 7.7 Deals
SEPANG 6 Julai – Pakej umrah jarak pendek iaitu sembilan hari tujuh malam pada harga serendah RM5,990 dijangka dapat membantu golongan bekerja yang tidak berpeluang mengambil cuti panjang untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci. Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) Ida Riswana Idris berkata, pakej itu sebagai alternatif kepada mereka yang ingin menunaikan umrah dalam tempoh singkat tanpa menjejaskan keselesaan sepanjang perjalanan. Menurut beliau, pakej tersebut menggunakan Penerbangan Malaysia Airlines dengan penginapan empat malam di Makkah dan tiga malam di Madinah di hotel kategori jarak…
Read MoreBerita pilihan…
Akses disekat, bayi lelaki Palestin maut
RAMALLAH – Sekatan oleh tentera Israel di barat Ramallah, Tebing Barat yang diduduki menyebabkan seorang bayi lelaki Palestin berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia selepas gagal mendapatkan rawatan perubatan kecemasan. Gabenor Ramallah dan el-Bireh, Laila Ghannam berkata, doktor di Hospital Arab Specialised mengesahkan kematian Ahmad Marouf Zeid selepas tentera Israel menghalang pemindahannya ke hospital selama lebih sejam walaupun berada dalam keadaan kritikal. Menurut beliau, tentera Israel turut melepaskan gas pemedih mata bagi menghalang penduduk Palestin daripada melalui sekatan di pintu masuk kampung Deir Ammar. Ghannam menyifatkan tragedi yang menimpa Ahmad,…
Read MoreTrump tawar penyelesaian di Ukraine
WASHINGTON – Presiden Donald Trump menawarkan bantuan untuk mencari penyelesaian kepada perang di Ukraine ketika mengadakan perbualan telefon hampir 90 minit dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Pembantu Kremlin, Yuri Ushakov berkata, tawaran itu dibuat Trump dalam perbualan yang berlangsung sempena Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) menjelang penyertaannya dalam sidang kemuncak NATO yang dijadual minggu depan di Turkiye. Menurut Ushakov, Trump sekali lagi menegaskan komitmennya untuk berusaha menamatkan pertempuran dengan segera serta mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi krisis yang berlarutan sejak lebih empat tahun lalu. Perbualan itu disifatkan Ushakov sebagai berlangsung…
Read More