Pilihan raya Johor bukan penentu Najib bebas

SEPANG 6 Julai – Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor bukan penentu pembebasan Najib Razak sebaliknya bekas Perdana Menteri itu hanya boleh bebas menerusi pengampunan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa Pakatan Harapan (PH) berkempen dengan berhemah dan tidak menjaja nama Najib sebagai modal kempen kerana pembebasan itu tidak boleh ditentukan melalui pilihan raya.

“Kempenlah secara berhemah! Sejak bila pembebasan seseorang ditentukan melalui pilihan raya?,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Dalam ruangan komen , Asyraf Wajdi menjelaskan, PH membuat satu kempen yang bohong menggunakan sentimen Najib di Johor.

Oleh demikian beliau meminta rakyat di negeri itu supaya tidak diperbodohkan dengan kempen sedemikian.

“Saya pelik betul kempen PH daripada setinggi-tinggi pemimpin sampailah ke peringkat bawah seolah-olah tiada modal lain dalam kempen PRN Johor.

“Di mana-mana asyik menjaja nama Datuk Seri Najib. Cuba membohongi rakyat seolah-olah jika Barisan Nasional (BN) menang PRN Johor, maka Datuk Seri Najib akan dibebaskan.

“Aduhai, takkanlah rakyat Johor boleh diperbodohkan sebegitu rupa. Apa kaitan pilihan raya dengan pembebasan pula? Sekarang rakyat sudah cerdik, bukan senang dipermainkan sebagaimana era 2018 dengan pelbagai janji-janji bohong bulan dan bintang,” katanya.

Beliau juga menyeru agar PH membuat kempen dengan lebih berhemah dan berfakta, selain memberi jaminan kepada rakyat Johor.

“Pembebasan Datuk Seri Najib hanya ada satu sahaja cara sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, iaitu melalui kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Patutnya sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, PH perlu lebih berhemah dan berfakta dalam kempen-kempen PRN Johor. Kemukakanlah tawaran realistik kepada rakyat macam mana nak lawan agenda MAJU JOHOR 2030 yang ditawarkan BN,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment