WHO minta siasat wabak campak Bangladesh

DHAKA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diminta menjalankan siasatan awal berhubung kes campak yang semakin buruk di Bangladesh, menyebabkan lebih 500 kanak-kanak maut dan ramai lagi dijangkiti.

Penasihat Khas Perdana Menteri bagi hal ehwal kesihatan, Ziauddin Haider memohon siasatan wabak yang bermula pada Mac lalu

“Kami secara tidak rasmi meminta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan siasatan bebas bagi menentukan mengapa kes campak semakin buruk ketika ini,” katanya.

Beliau berkata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memberikan maklum balas positif.

Kerajaan melaporkan kematian 13 lagi kanak-kanak dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah 512 sejak wabak itu bermula., dan daripada jumlah itu, 86 kanak-kanak disahkan dijangkiti campak, manakala selebihnya meninggal dunia dengan gejala penyakit itu.

Lebih 62,000 kanak-kanak dimasukkan ke hospital di seluruh negara dengan gejala campak sejak wabak bermula.

Langkah kerajaan itu dibuat beberapa hari selepas seorang pegawai UNICEF di Dhaka berkata dalam sidang media bahawa agensi itu telah menghantar lima surat kepada pentadbiran sementara terdahulu yang diketuai Muhammad Yunus, memberi amaran bahawa kes campak boleh bertambah buruk.

Banyak parti politik dan pertubuhan sosial mengkritik pentadbiran sementara kerana tidak mengambil langkah mencukupi bagi menangani kekurangan vaksin campak.

Related posts

Leave a Comment