SEPANG 24 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berhubung beberapa isu pada sidang media di Rusila Jumaat lalu. Biro Politik Bersatu dalam kenyataannya berkata, isu-isu berkenaan sepatutnya dibawa ke meja musyawarah antara kedua-dua parti gabungan Perikatan Nasional (PN) itu dan diselesaikan secara dalaman dengan penuh harmoni. Isu yang dibangkitkan Abdul Hadi antaranya pertukaran Menteri Besar Perlis, tuduhan Bersatu tiada jentera pilihan raya, tindakan disiplin terhadap ahli-ahli Bersatu dan krisis politik di Negeri Sembilan. Justeru Abdul Hadi…
Read MoreDay: May 24, 2026
Bubar DUN bagi selesaikan krisis
SEREMBAN 24 Mei – Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Negeri Sembilan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Loke berkata pihaknya sudah memberikan pandangan dan cadangan itu kepada Menteri Besar merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan sudah dijelaskan pada Konvensyen PH di Johor minggu lalu. “Mesej kita di Konvensyen PH di Johor sangat jelas bahawa Negeri Sembilan bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Johor. Kalau Johor (DUN) dibubarkan…
Read MoreBerita pilihan….
10 negara berisiko wabak Ebola
KIGALI – Sepuluh negara kini dikategorikan sebagai berisiko tinggi penularan wabak Ebola susulan jumlah kematian meningkat kepada 204 orang di Republik Demokratik Congo (DRC). Selain DRC, negara tersebut adalah Rwanda, Kenya, Tanzania, Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Ethiopia, Sudan Selatan dan Zambia. Kementerian Kesihatan DRC, dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah kematian baharu itu yang direkodkan di tiga wilayah, membabitkan sebanyak 867 kes disyaki. Jumlah itu meningkat berbanding data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin yang mencatatkan 177 kematian daripada 750 kes disyaki. Lonjakan kes itu mendorong WHO mengisytiharkan wabak berjangkit itu…
Read MoreWHO minta siasat wabak campak Bangladesh
DHAKA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diminta menjalankan siasatan awal berhubung kes campak yang semakin buruk di Bangladesh, menyebabkan lebih 500 kanak-kanak maut dan ramai lagi dijangkiti. Penasihat Khas Perdana Menteri bagi hal ehwal kesihatan, Ziauddin Haider memohon siasatan wabak yang bermula pada Mac lalu “Kami secara tidak rasmi meminta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan siasatan bebas bagi menentukan mengapa kes campak semakin buruk ketika ini,” katanya. Beliau berkata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memberikan maklum balas positif. Kerajaan melaporkan kematian 13 lagi kanak-kanak dalam tempoh 24 jam lalu,…
Read More