3,732 kes baharu Indonesia

INDONESIA terus mencatatkan pertambahan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 3,732 kes menjadikan jumlah kumulatif setakat hari ini, 25 Oktober mencapai 389,712 dengan kes aktif sebanyak 62.649.

Menurut Kementerian Kesihatan, Jakarta mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 771 kes diikuti Sumatera Barat 359, Jawa Barat dan Jawa Tengah masing-masing 356 kes dan Jawa Timur 268.

Sebanyak 94 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 13,299 kematian dan Jakarta merekodkan 18 kes diikuti Jawa Timur 16, Jawa Barat 11 dan Jawa Tengah lapan kes

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh hari ini adalah sebanyak 4,545 orang dan menjadikan jumlah kumulatif 313,764 orang.

Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 1,229 diikuti Riau 557, Jawa Barat 467 kes, Jawa Tengah 363 dan Jawa Timur 242.

Related posts

Leave a Comment